+ Follow me
Hawk Eye
»
ASSALAMUALAIKUM
MOGA KITA DIRAHMATI ALLAH S.W.T

»Home
»Profile
»Links
»Tagboard
»Credits
Saturday, August 2, 2014 | 3:27 AM




Ramadan ke-27: Alhamdulillah sampai juga ibu dan adik tapi masih kena marah dengan ibu sebab buat ibu tertunggu hahaha sorry bu, pastu pergi bazaar buat pertama kali dekat BBU sambil pakai baju rugby jobarian. Malam berbuka dengan keluarga tanpa kakak dan malamnya pergi mengambil akak di senai airport. Gembira keluarga kami telah lengkap :'D dan malamnya pula merancang untuk ke paso bumbong 2014

Ramadan ke-28: Solat Jumaat ku di Taman Anggerik,JB sudah lama tak solat disana. Kasut yang ku idamkan jadi milikku (huf mateo black floral) dan kamera yang aku mahukan telah tercapai (mini polaroid); lepas tu aku nikmati peluang yang ada dengan berkumpul bersama rakan di paso bumbong, jumpa jamas, zain azraai, muhd zulfan, nazhif, faez, rais faris tapi tanpa emyrul farez sahabatku :'/ ku terlihat baju Hood-by-air ya Allah banyak sungguh yang memakainya siap kain selit seluar pastu jalan kerek pe citaq woi gaya hangpa.

Ramadan ke-29: Aku ditinggalkan berseorangan dirumah dan rambut masih lagi tidak dipotong, menunggu takbir di kaca tv sudah semestinya aku suka tetapi sebelum itu aku pergi ke rumah nenek untuk rewang aidilfitri. Wah nenek aku masih bernafas syukur tuhan kerana kau jaga dia elok-elok, malam kami bermain mercun macam biasa Pak net (pakcik paling lejen belah ayah) beri kami satu beg mercun lengkap dengan roketnya, KLCC, triangularbluto (mercun ketupat sebenarnya tapi serupa nama carut) dan sebagainya

Syawal 1: Aku tidak tidur dari pagi tadi sambil membuat tanjak wah raya sakan, takbir bersama muka yang ngantuk dan berjubah hitam sebab hitam itu menawan, balik sahaja aku terus makan ketupat rendang ayam masak merah dan apa yang ada balun semua tapi macam janggal sebab baru lepas puasa kan pastu pi beraya rumah nenek sambil bertanjak ada yang cakap "nak pi bersilat eh" "ni dah kenapa" "wah kau bergaya" ada yang cakap "nanti tolong paknet eh buatkan tanjak untuk kahwin" jadi aku berdiam diri sahaja. Lepas tu aku pun balik fikir nak balik rumah nenek belah ibu pula. Perancangan baik habis beb dengan adik aku. Tapi patutnya balik petang syawal 1, sedara datang tunda esok

Syawal 2: Excited balik kampung pack barang awal pastu tidur jap sebab tak tidur semalaman, dalam kereta enjoy dengan ibu, kakak dan ayah tak ikut macam biasa tahun sebelum pun tak ikut. Sampai Gemas solat sebentar pergi kampung moyang. Ya Tuhan, aku dapat jumpa kembali dengan moyang aku, syukur. Mereka sihat belaka. Pastu ibu aku mencelah waktu aku makan "kenal tak budak ni sama mrsm dengan abang sambil aku usha budak perempuan tu" "tak kenal" sebelum balik aku perati je budak perempuan yang aku usha, form 1 aku rasa. Dia malu-malu. Malam pesta mercun

Syawal 3: 12 tengah pagi, Aku dengan sedara dari gemas pergi Melaka katanya nak tengok ada fungsi tak malam ni, jalan lama do, pastu sampai Melaka tengok takda apa then balik, sampai rumah pukul 5 pagi cas laptop pastu tidur. Bangun pukul 10, siap nak pi beraya rumah Farah Balqish. Dalam perjalanan aku pakai baju 27 legacy tie dye johor, pi stesen minyak jap. Satgi ada perempuan usha aku depan aku, putih juga, perati ja aku dia naik kereta saga hitam; sangka baik mungkin nak beritahu selamat hari raya dalam bentuk senyuman. Sampai Segamat Farah takda, aduh kecewa hancur lebur hati. Rasa macam salah alamat dia bagi, lain je rumah. Aku pun balik Gemas menuju ke KL a.k.a kampung belah nenek dekat jalan rasmi 4, bukit indah, ampang. Sampai sana salam nenek aku pastu tidur, penat do; malam fungsi katanya jadi keluar pukul 12 sampai pukul 3.

Syawal 4: Balik dengan lapar terus makan sambil tak tidur sehari. Pastu aku pun mandi, siap-siap makan dalam pukul 10 tertidur sedar pukul 1:30, mandi semula dan makan siap-siap nak balik JB. Sebelum balik yang aku tak tahan beg duit tinggal dalam kereta yang aku keluar semalam; kalut jadinya. Balik JB lebuhraya lancar bertolak pukul 3 sampai pukul 6:30 pastu malam aku jadi burung hantu

Syawal 5: Solat Jumaat terakhir dekat surau berdekatan rumah, petang aku terbakor sebab nak pi beraya rumah gf aku waktu kecil dulu alahai tapi tak dapat. Sampai malam aku terbakar lagi.

Syawal 6: Aku masih update blog




konklusinya, Saya MOHAMAD ZULHILMI BIN MOHD SUKAIMI ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maafkan saya kalau ada yang menjadikan anda tidak selesa bersama saya, kecewa, sedih, apa sahaja mohon diampun dan doakan saya mendapat keputusan cemerlang dalam trial MARA 2014 yang berlangsung pada 21 Ogos ini. Saya mengundur diri dahulu dan kepada yang tipu hati saya sampai sekarang, anda bersemuka dengan saya dahulu kita bincang kasi settle pastu kita kawan baik; ale uto. Sekian