+ Follow me
Hawk Eye
»
ASSALAMUALAIKUM
MOGA KITA DIRAHMATI ALLAH S.W.T

»Home
»Profile
»Links
»Tagboard
»Credits
Friday, September 19, 2014 | 3:26 PM


Assalamualaikum.
Jadinya, cuti aku kali ini sangatlah bermanfaat sebab setiap hari dipenuhkan dengan aktiviti yang berkualiti. Balik haritu 12/9/2014 Khamis pukul 5:00, menunggu kemunculan ibuku tersayang kali ini aku tunggu ibu bukan ibu tunggu aku lagi. Yang tak seronoknya sebelum balik semua susunan katil dan barang dalam bilik telah diubah. Aku sangatlah tak suka sebab meja belajar aku ruangnya sangat kecil. Balik dirumah, aku terus lepak sebentar untuk hilangkan kepenatan dan esoknya sambung dengan pergi ke JBWRF dekat Danga City Mall, ingatkan dekat level bawah dibuat tapi tak beritahu dengan details dekat level 4M, oh sedih. Sabtu aku duduk rumah sahaja takda pergi mana, ahad takda juga kemana cuma sembang semula dengan kesayangan kawan lama sejak dari sekolah rendah Nur Sarah Aini, Isnin aku pergi perpustakaan larkin untuk belajar bersama Sarah dan akhirnya aku tak dapat jumpa dia. Balik rumah aku frust gila sebab ingatkan dia tipu tapi dia pun tunggu aku, aku dekat level 2 dia dekat level 1 dan tak ada simkad fon. Peh sedih lahai, dan kami bercadang untuk berjumpa semula tempat yang sama pada hari rabu. Jadi, hari selasa aku keluar dengan Daniel Faris kawan sejak sekolah rendah juga, wah dia makin style do, dia cakap aku masih tinggi gila dan marah dekat aku sebab terlalu tinggi. Kami luangkan masa bersama, amik gambar, tengok the Maze Runner dan dia ajak aku pergi ke Instameet dekat Taman Merdeka. Pada mulanya takda ramai orang tapi dah berapa puluh selfie yang kami kutip disitu akhirnya ramai yang datang tapi takdelah meriah macam twtup. Rabu aku datang ke perpustakaan larkin untuk berjumpa Sarah semula, dan aku bila jumpa dia datang dengan muka bajet macho duduk depan dia dan dia terkejut. Takda respon "hei lama tak jumpa" hahahahahahahahah dia kata aku pelik. Pastu kami belajar sesama bersama sedara dia iaitu kawan sekolah aku yang sekarang. Aku balik dengan Sarah nak naik bas sebenarnya tapi dia cakap nak beli tiket, pastu aku rasa waktu tu takda bas sebab dah pukul 6 kan jadi aku cakap dekat ibu datang amik aku dan hantar dia. Dia pula jenis perempuan garang tapi berdepan dengan ibu aku macam pemalu cakap perlahan hahahahah kelakar do susah nak dapat perempuan ceni. Aku amik gambo polaroid dengan dia yea satu gambo polaroid dengan kawan sekolah rendah. Dah hantar dia balik, aku pun balik sengih tengok gambo aku dengan dia ehek (diam) pastu aku wish dekat dia sebelum balik, dan dia reply 

"Thanks bro! Kau pun goodluck. Ada masa kite lepak lagi. Jangan stress out sangat. Hidup ni mmg palat tapi esok masih ada! Cewah haha jaga diri Zul" - NUR SARAH AINI ZOLKAFLE 7:13pg 18/9/14 Khamis

Sampai sekarang aku dah mula rindu kawan lama especially Sarah ni dia gengster do, sebab tu aku panggil dia awek gengster hahahah tapi hati baik, BADAR kan perempuan paling swag dari sekolah rendah aku. Aku harap kalau ada cuti, aku dapat balik jumpa diorang balik untuk kali terakhir sebab aku dah takda cuti lain selain cuti raya haji. I miss you friends, take care love ya


doakan saya dapat belajar dengan tenang walaupun the good 11 sudah tiada disisi saya
The good 11 dah macam keluarga kami, aku akan jaga semua dak form 5 walaupun korang tiada, dan bantu amir. Maaf the good 11 sebab tak tolong korang supaya perkara ni takkan berlaku dalam hidup korang. Maaf weh