Got something to write
hm, dah 4 hari aku tinggalkan maktab dan tiap hari, bila aku nak buat sesuatu. Aku teringatkan seseorang tiap kali apa sahaja perbuatan aku nak buat. Dari bangun paginya sampailah aku nak tidur. Aku sikit pun tak rindu, cuma bila teringat balik tu yang buat aku sedih.
Yelah dah biasa buat apa-apa dengan kawan, kongsi makanan, lawak hambar, jerit sama-sama, tidur sama-sama, buat kerja gila sama-sama. Kalau boleh tiap masa ada je peneman aku.
Aku pun terfikir juga mungkin ke aku jumpa diorang balik dan mesra ke macam yang sebelum ni kita semua rapat macam adik beradik. Atau mungkin diorang hanya jumpa aku bersebelahan dan cakap hai, lambai dan terus beredar. Ya aku tahu, aku seorang yang pelik, terlalu hipster bagi mata mereka, tapi setiap seorang daripada batch aku, aku dah cuba baca fikiran diorang baik lelaki mahupun perempuan. Walau mereka tak suka aku sebab aku berperangai pelik (pada mata mereka) tapi aku tetap hargai diorang, aku tetap ingat setiap mimik muka, percakapan, style, nama. Ada yang cuba nak dekat dengan aku, tapi disebabkan aku pelik, mereka jauh dari aku sampaikan aku yang kena mula dulu hahaha.
Mereka mungkin lupa aku dan aku tak kesah selagi aku bernafas, aku takkan lupa doakan untuk kejayaan mereka sebab aku tak pernah rasa persahabatan yang sebegini rupa sejak aku bersekolah.
Aku sangat bersyukur