+ Follow me
Hawk Eye
»
ASSALAMUALAIKUM
MOGA KITA DIRAHMATI ALLAH S.W.T

»Home
»Profile
»Links
»Tagboard
»Credits
Tuesday, December 16, 2014 | 1:06 PM


Salam sejahtera buat semuanya ahahaha, 
dah 3 minggu aku tinggalkan alam persekolahan. Uish lama do aku tak belajar. Tapi cuti aku tak macam orang lain, aku duduk rumah, cari kerja, belajar kereta, keluar untuk hiburkan hati. Aku ingat lagi pesan cikgu aku,


 "kamu lepas SPM ni nak tidur ke, nak tergolek ke, nak enjoy ke, buatlah takda orang marah tapi kena amik SPM dulu kan." 


"betul lepas ni kamu ada banyak masa sampai dah tak tahu nak buat apa"


haa sekarang aku dah rasa macam mana tepunya duduk rumah tanpa belajar, tak duduk asrama sibukkan diri en. Tapi cuti ni juga buat aku lebih gembira bila ibu belikan telefon baru. Macam aku cakap tadi, aku bukannya macam keluarga orang lain. Ibu hanya belikan aku telefon Samsung Core 2 sebab aku dah 5 tahun pakai fon Nokia 100, aku takda rasa malu sebab takat tu je keluarga aku mampu bagi, dan lebih bersyukur sebab tengok keluarga lain ibu bapanya telefon canggih tapi part bila anak takda beli. Haa lagi kesian. 



Cuti ni pun aku ada pergi GEGO 2014 MUSIC FESTIVAL ASIA. Weh serious tahun ni punya tak macam 2011 dan 2012 sebab dia buat dekat rooftop, tempat sangat kecil takda tempat skate comp (ada pun dekat lower ground) dan tak seronok sangat lah tapi artis dia kira best juga sebab banyak diorang jemput dari luar malaysia macam The Changchuters, The Pinholes, Yellow Fang dan ada lagi. Yang tak bestnya bila tak dapat jumpa Aizat Amdan ala dia datang awal dalam pukul 2 camtu sebab Johor waktu tu ada event jemput Aizat haa sedih. The Will Kill Us All dan The Venopian Solitude sangatlah seronok persembahan diorang. Aku dah agak The venopian lagu dia memang sempoi dengar sebab kira jenis layan kepala hahahah, TWKUA ni sebab band diorang pernah buat persembahan dekat Rock the World tu sebab takda heran sangat tapi lagu Sirens memang best. Part aku tak boleh tahan gelak bila tengok takaharasuiko (lead singer) dia loncat sana sini hahaha dah comel sia. Pastu aku dah bergambar dengan lead singer TWKUA wah dia cakap

"tanpa korang johoreans memang tak gempak tadi, aku suka korang" 
-TWKUA




Seterusnya, aku pergi bandar untuk teruskan mengemas kini cerita terkini pasal clothing line KilzMY ni, waktu tu hujan pagi pula dalam pukul 7, aku terpaksa gerak naik bas dari rumah sebab ibu sibuk nak cepat pergi kerja. Keluar dalam pukul 8:15 jalan dengan hujan lebatnya tunggu bas. Bas takda pula naik teksi amik bas dekat Taman Johor. Sampai bandar uish banjir dia, pastu tunggu dalam Cs jap sampai pukul 10 baru buka en. Amik gambar pe semua balik dalam pukul 3 centu dan mula haritu, hari terakhir aku jumpa Daniel Faris sebelum pergi plkn haa take care bro.


Pastu aku lek lek scroll twitter, satgi aku teringat ada Rock the World, mmph apa lagi tengok band yang akan buat persembahan. Ramai yang best cuma takda maddthelin takpa chill. Ingatkan aku taknak pergi, tapi dah banyak kali fikir, lepas solat jumaat aku terus gerak pergi KL terus hahaha. Uish rabak do aku dari larkin pukul 7 sampai Tbs pukul 11 sambung sedara aku ajak keluar balik 3 pagi. Esok ada Rtw ni tapi watlek je. Tapi paling sedih waktu aku tengah makan dekat mamak, ada satu makcik ni gendong beg dua-dua tangan penuh dengan keropok. Sedara aku dah lama usha makcik ni dari petang (dia cakaplah) pastu dia panggil makcik ni beli keropok. Waktu tu dah pukul 12:30 tapi makcik tu masih sorang-sorang dekat mamak tu. Sedara aku tanya

"Makcik duduk mana?"
"Makcik duduk kelantan sana"
"Uish jauhnya cik sampai sini menjual"
"Nak cari rezeki nak, umur makcik ni takda siapa nak amik kerja, lagipun makcik ni orang Asnaf, tahu Asnaf tu apa? Ni golongan ibu tunggal. Makcik ada 3 orang anak perempuan dan diorang masih sekolah lagi, makcik tanya diorang tak malu ke makcik kerja ceni, tapi anak makcik tetap tak malu sebab diorang nak tolong makcik"



SIAPA TAK SEBAK DO, AKU TENGAH MAKAN TERUS TERDIAM SIA, NAK NANGIS TAKKAN LA DEPAN TU. Makcik tu pun beredar. Esoknya, bangun pagi pukul 7 uish aku cakap, tak pernah bangun awal ceni dekat rumah nenek aku. Pastu aku siapkan diri semua kejut sedara aku suruh hantarkan aku pergi Rtw. Amir Redza dah telefon ni tapi sedara aku lek tidur hahaha cb pukul 12 baru bangun 4 jam aku tunggu sedara aku bangun. Pastu gerak balik Johor, beli tiket dekat Tbs letak kereta naik Lrt. Sampai Tbs sedara aku lepaskan pergi Bukit Jalil. Lek je dah naik Lrt ni satgi hujan, peh sedih aku cakap ni macam mana aku nak pergi aduh baik aku balik Tbs tunggu bas. Pastu sampai Bukit Jalil aku lek jap, hujan makin lebat dengan kilat petirnya, uish dalam hati aku gini baik balik do dari menempah maut. Hujan pun reda dalam pukul 4:30. haa aku cepat-cepat gerak beli tiket. Nasib RM30 beratur gila panjang. Tengah jalan jumpa junior, tokek tegur aku "hai bang zul" aku cuma lambai malas nak tunggu diorang. Pastu aku pun masuk siap ada check barang bahaya kan. Masuk je jumpa Amir, Hazim pula balik. Aduh sedihnya. Pastu pergi Main Stage, Naratu pula tengah soundcheck debor sia lagu heavy kot. Pastu mula dengan lagu dia Pukimak mmph dia punya mosh sampai kebelakang uish tak tahan aku dengan dive dia. Tukar band Tres empre pula, hahaha ni band fav lagu Sleeping Tiger tapi yang ni tak ramai mosh macam Naratu. Aku beralih ke Noisy Stage, haa kau geng-geng punk real aku nampak siap pacak trojan tengah mosh eh aku cakap ni kalau kena pukul ni bahaya sia. Pastu pergi Indie Stage, Ditch tengah perform lek lok layan nampak Yasmin Matthew. Aww pendeknya dia tapi comel do serious dia bertudung ayu sia, aku nak je minta autograph tapi Amir pula penat hahaha takpalah next time ada lagi jumpa. Tengah elok-elok jalan-jalan ada pula colour mosh tapi waktu tu aku dah balik. Yang penting aku teringin nak main colour mosh uish seronok colour tahu tak. Balik aku dengan Amir solat jap pastu dia hantar aku pergi Tbs, dalam perjalanan kitorang jumpa satu pakcik, pakai songkok dan berjambang. Kitorang salam dia, tanya 



"Pakcik dari mana?"
"Pakcik dari Kedah tapi pakcik kerja dekat Singapura duduk jap dekat KL"
"Uish jauh pakcik. Pakci kerja apa?"
"Pakcik kerja bahagian Marin"


sambil berbual aku tengok telefon dia, kasut dia, pakaian dia, beg dia, cara dia cakap memang orang alim do tak fikir gaya langsung sumpah aku hormat orang macam ni, aku sendiri malu tengok diri aku dengan personaliti pakcik tu. Waktu aku naik Lrt dengan dia, ingat lagi ada satu sampah dia lek je keluar cari tong pastu Lrt dah nak gerak lek je masuk sambil pintu tu hampir tutup sepit dia hahah dia cool je, pastu dia cakap 


"dah baca doa naik kenderaan belum?Kalau belum bacalah" sambil mulut dia berzikir tak henti. 


Dia jaga batas dia waktu ada budak kecil tu hampir terpegang dia, dia sempat elak dari kena sentuh sanggup duduk rapat dengan dia kerusi tu. Sebelum dia duduk, dia lap bersih-bersih tempat duduk dia, pemegang besi kerusi tu pastu baca bismillah. Senang cerita pakcik tu memang sangat alim dan kitorang sangatlah sedih haih. Sampai Tbs kitorang salam pakcik tu pastu makan dulu pastu dalam pukul 9, Amir balik rumah. Aku duduk dekat surau Tbs sementara menunggu bas pukul 11 haih tepunya dengan charger fon tak bawa, duit tinggal RM4. Aku naik bas terus tidur kepenatan weh sehari tak cukup tidur dah macam dekat asrama. Sampai Johor pukul 3 pagi, dan aku masih semput sebab banyak minum air berkarbonat hahaha padan muka. 


Itulah ringkasan sepanjang cuti aku 3 minggu ni weh boleh la manfaat dari menepu duduk rumah hahaha akan datang aku cerita pasal kawan dan junior. Lek lu banyak hari lagi hahaha bai. Assalamualaikum